Content

HIASAN DI RUANGAN TIDUR YANG SEMPIT

Jika anda pintar untuk menata hias dengan menggunakan teknik atau cara menata dengan baik kamar ruangan tidur kecil anda akan tampak menarik dan tidak sesak.

Menggunkan warna-warna pastel di ruangan tidur
Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.

Perabotan di ruangan tidur
Untuk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Gunakan kotak penyimpanan barang kemas atau aksesori di meja solek sebagai tempat meletakkan lampu meja. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai.Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Gunakan juga perabot dwifungsi.

Penempatan Cermin di ruangan
Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruangan. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.

Percahayaan di ruangan tidur

Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.

Aksesori di ruangan tidur

Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar.
disarikan dari search google
http://impiana.karangkraf.com/